eKelas Usahawan Modul 3 AI untuk Mencipta Kandungan
3 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 3 Februari 2026, seorang peserta telah mengikuti Webinar eKelas Usahawan Modul 3 yang bertajuk “AI untuk Mencipta Kandungan” yang diadakan secara dalam talian di NADI Sungai Bandung. Modul ini bertujuan memperkenalkan usahawan kepada penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penghasilan kandungan digital yang kreatif, menarik dan berkesan.
Sepanjang sesi, peserta diberi pendedahan tentang pelbagai aplikasi AI yang boleh membantu dalam menghasilkan poster, video pendek, penulisan iklan, serta kandungan media sosial. Penceramah menekankan bagaimana AI dapat menjimatkan masa, meningkatkan kualiti hasil kerja, serta memberi idea baharu dalam pemasaran digital.
Peserta turut diberi peluang untuk mencuba secara praktikal beberapa aplikasi AI, termasuk menjana teks promosi automatik dan mencipta rekaan grafik mudah. Aktiviti ini memberi pengalaman langsung kepada peserta tentang bagaimana teknologi boleh dimanfaatkan untuk memudahkan kerja seharian usahawan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: